April 28th, 2020
By: Burhanudin Zamri

Pelajar UOW Malaysia KDU Pamerkan Lapan Permainan PC & Android Menarik

 

University of Wollongong Malayisa KDU (UOW Malaysia KDU) merupakan salah satu universiti di Malaysia yang mempunyai kursus Sarjana Muda Pembangunan Permainan Video. Pada musim panas setiap tahun, mereka mengadakan acara pembentangan projek pelajar-pelajar kursus tersebut.

Pada tahun ini, acara tersebut diadakan secara digital sepenuhnya akibat pandemik COVID-19. Laman web Vitrual SEA telah menyenaraikan beberapa permainan video yang menarik yang dibangunkan oleh pelajar-pelajar UOW Malaysia KDU.

Kesemua permainan yang disenaraikan boleh dicuba secara percuma melalui pautan yang disertakan.

 

Blood Moon: Genesis

Jika anda meminati permainan yang cara permainannya mirip judul-judul seperti Dark Souls dan Bloodborne, anda patut mencuba Blood Moon: Genesis. Anda mengawal seorang pahlawan bernama Aiko yang boleh bertukar antara dua cara perlawanan berbeza untuk menewaskan musuh kuat bernama Shuten Doji.

Muat turun untuk PC di sini.

 

Don’t Stop The Party

Don’t Stop the Party ialah permainan multi-pemain perlawanan arena yang bertemakan muzik. Anda boleh main bersama tiga orang rakan-rakan lain secara luar talian menggunakan alat kawalan PlayStation 4 (PS4).

Muat turun untuk PC di sini.

 

A Flower That Recalls

Tidak seperti dua judul di atas, A Flower That Recalls lebih fokus terhadap jalan cerita. Ia merupakan sebuah permainan point and click yang berkisahkan tentang usaha seorang anak mencari kebenaran di sebalik kehilangan ibunya.

Muat turun untuk PC di sini.

 

Pantang

Pantang ialah satu lagi permainan point and click yang juga mempunyai elemen seram. Anda akan bermain sebagai seorang isteri yang berketurunan Peranakan yang menghadapi masalah dalam perkahwinannya. Selepas sebuah pergaduhan dengan suaminya, isteri tersebut cuba untuk melarikan diri tetapi sesuatu yang menyeramkan menghalangnya.

Muat turun untuk PC di sini.

 

Chonky

Mereka yang kerap menggunakan media sosial semestinya tahu tentang jenaka memanggil kucing gemuk “chonk” atau “chonky”. Dalam permainan Chonky, anda bermain sebagai seekor kucing bernama Chonky dan anda perlu bergolek untuk menerokai pulau dan membantu haiwan-haiwan lain di pulau tersebut.

Muat turun untuk Android di sini.

 

Mecha Martial Arts

Seperti yang dinyatakan pada nama permainan ini, Mecha Martial Arts ialah sebuah permainan di mana anda bermain sebagai robot dan berlawan. Apa yang menarik tentang permainan ini ialah anda akan menggunakan seni pertahanan diri yang berasal dari pelbagai negara Asia Tenggara.

Muat turun untuk Android di sini.

 

Slime Pewpew

Dalam Slime Pewpew, anda bermain sebagai David, seorang pembasmi makhluk perosak. Anda ditugaskan untuk hentikan pengerumunan slime di sebuah makmal.

Muat turun untuk Android di sini.

 

Head Rescue

Head Rescue merupakan permainan multi-pemain di mana tugasan anda ialah untuk menyelamatkan tebusan untuk mendapatkan markah tertinggi. Terdapat mod 1v1 yang membolehkan anda untuk bersaing dengan pemain lain. Berhati-hati, anda juga perlu mengelak pelbagai jenis perangkap.

Muat turun untuk Android di sini.

 

Sumber: Virtual SEA

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Acer Mengeluarkan Monitor Gaming HD Penuh, 165Hz Bernilai RM699
3 days ago
Fredo Dan Soloz Antara Pemain Bintang Yang Akan Sertai Bosskurr Cup?
3 days ago
Call Of Duty Baru Disahkan Tiba Pada Hujung 2020
3 days ago
Wabak Coronavirus Menyebabkan Ketibaan Stok Nintendo Switch Ditangguh
3 days ago
Teamfight Tactics Akan Hadir Ke Peranti Pintar Pada Mac
4 days ago
Kejohanan Kebangsaan Call Of Duty Mobile Malaysia Bermula Hujung Minggu Ini