July 14th, 2021
By: Hazril Md Nor

Organisasi e-sukan boleh bertanding dalam Wild Rift, tiada halangan daripada Moonton

 

Berhubung ura-ura kontrak eksklusif oleh Moonton yang kononnya tidak membenarkan organisasi e-sukan menubuhkan skuad Wild Rift, akhirnya terdapat penjelasan daripada sumber yang bekerja rapat dengan Liga Profesional Mobile Legends (MPL).

Katanya, polisi di dalam MPL iaitu liga-liga ini tidak akan meminta pasukan bertanding menjadi eksklusif. Sementara roster pemain boleh menjadi eksklusif, tapi jenama dan organisasi pasukan tidak bersifat eksklusif.

“Sebagai contoh, pasukan A bermain untuk MPL ID, mereka boleh bertanding dalam Wild Rift jika ada roster yang berasingan,” kata sumber itu kepada MyGameOn.

Malah, katanya lagi, disebabkan beberapa pasukan mempunyai kerjasama (kontrak komersial) bersama Moonton, mereka mempunyai keuntungan dan manfaat boleh didapatkan dalam persetujuan ini dan terikat dengan exclusivity pada penjenamaan.

“Namun, kesemua pasukan boleh memilih untuk tidak menyertai program komersial ini dan masih boleh bertanding dalam MPL,” kata sumber itu lagi.

Ura-ura ini berikutan satu ciapan yang dikeluarkan @WRCompetitive mengatakan beberapa organisasi e-sukan termasuk Bigetron Esports perlu melepaskan roster Wild Rift kerana menandatangani kontrak eksklusif bersama Moonton.

Dalam satu temubual bersama portal e-sukan WTM Today, Ketua Pegawai Eksekutif, Bigetron Esports, Edwin Chia atau BTR Starlest mengesahkan pasukan Wild Rift mereka masih bertanding untuk kejohanan sama jadi tiada pasukan dibubarkan.

MPL adalah sebuah Liga Profesional yang sudah ditubuhkan sejak beberapa tahun lepas di negara-negara Asia Tenggara contohnya, Malaysia, Indonesia, Singapura dan Filipina. Ia juga berkembang ke Amerika Selatan iaitu MPL Brazil.

Liga ini bertujuan untuk mencari pasukan terhebat di peringkat nasional sekali gus mempersiapkan mereka bertanding di kejohanan serantau (MSC) ataupun kejohanan dunia.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Acer Mengeluarkan Monitor Gaming HD Penuh, 165Hz Bernilai RM699
3 days ago
Fredo Dan Soloz Antara Pemain Bintang Yang Akan Sertai Bosskurr Cup?
3 days ago
Call Of Duty Baru Disahkan Tiba Pada Hujung 2020
3 days ago
Wabak Coronavirus Menyebabkan Ketibaan Stok Nintendo Switch Ditangguh
3 days ago
Teamfight Tactics Akan Hadir Ke Peranti Pintar Pada Mac
4 days ago
Kejohanan Kebangsaan Call Of Duty Mobile Malaysia Bermula Hujung Minggu Ini