June 18th, 2020
By: Burhanudin Zamri

Pokemon Cafe Mix akan tiba di Nintendo Switch, iOS, dan Android pada 23 Jun

 

Dalam livestream Pokemon Presents baru-baru ini, The Pokemon Company mengumumkan sebuah permainan video baharu di mana pemain akan menguruskan sebuah kafe yang dikunjungi Pokemon.

Pokemon Cafe Mix akan dilancarkan di Nintendo Switch, iOS, dan Android pada 23 Jun ini. Ia boleh dimain secara percuma tetapi pemain boleh menggunakan wang sebenar untuk pembelian dalam permainan.

Seperti yang dinyatakan di atas, anda membuka sebuah kafe yang dikunjungi Pokemon dalam Pokemon Cafe Mix. Apabila anda menyediakan makanan dan minuman untuk Pokemon, anda perlu menyelesaikan puzzle.

Apabila anda berkawan dengan seekor Pokemon, ia akan membantu anda di kafe anda. Anda juga boleh memperbesarkan kafe anda dalam kerjaya anda sebagai pemilik kafe.

Sumber: Nintendo

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Acer Mengeluarkan Monitor Gaming HD Penuh, 165Hz Bernilai RM699
3 days ago
Fredo Dan Soloz Antara Pemain Bintang Yang Akan Sertai Bosskurr Cup?
3 days ago
Call Of Duty Baru Disahkan Tiba Pada Hujung 2020
3 days ago
Wabak Coronavirus Menyebabkan Ketibaan Stok Nintendo Switch Ditangguh
3 days ago
Teamfight Tactics Akan Hadir Ke Peranti Pintar Pada Mac
4 days ago
Kejohanan Kebangsaan Call Of Duty Mobile Malaysia Bermula Hujung Minggu Ini