Baru-baru ini Sony Interactive Entertainment (SIE) mengumumkan bahawa sebuah pembentangan tentang permainan video yang akan datang untuk konsol PlayStation 5 (PS5) bakal berlangsung pada 5 Jun 2020. Malangnya, acara tersebut telah ditangguh.
Berita ini disampaikan melalui akaun rasmi Twitter PlayStation. Mereka menyatakan pembentangan PS5: The Future of Gaming tersebut ditangguh kerana keadaan politik di Amerika Syarikat tidak stabil, oleh itu ia bukan masa yang sesuai untuk sebuah “sambutan”.
SIE tidak menyatakan tarikh baharu untuk pembentangan tersebut. Ada kemungkinan besar ia tidak akan berlangsung pada bulan ini kerana masalah-masalah politik yang sedang berlaku di Amerika Syarikat masih berada pada tahap yang membimbangkan.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.