May 15th, 2020
By: Burhanudin Zamri

Saksikan video permainan Ghost of Tsushima bertempoh 18 minit

 

Sony telah menyiarkan dan memuat naik video rakaman permainan Ghost of Tsushima yang akan dilancarkan di PlayStation 4 (PS4) pada 17 Julai 2020. Dalam video State of Play ini, pembangun Sucker Punch menunjukkan pelbagai butiran menarik tentang judul tersebut.

Antara ciri-ciri permainan judul tersebut yang ditunjukkan adalah pertarungan, penyelinapan, pengubahsuaian watak utama serta fungsi-fungsi lain seperti Photo Mode dan Samurai Cinema.

Cara permainan Ghost of Tsushima mempunyai banyak ciri-ciri yang sama dengan judul-judul Assassin’s Creed baharu. Dari segi pertarungan pula, sistem gaya pertarungan pedang yang berlainan nampak seperti ciri yang sama yang dijumpai dalam Nioh 2.

Apa-apa pun, jelas sekali Ghost of Tsushima mempunyai kualiti grafik yang sangat menakjubkan. Pengolahan muzik dalam video di atas juga layak diberi pujian kerana ia ibarat menonton sebuah filem samurai klasik.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Acer Mengeluarkan Monitor Gaming HD Penuh, 165Hz Bernilai RM699
3 days ago
Fredo Dan Soloz Antara Pemain Bintang Yang Akan Sertai Bosskurr Cup?
3 days ago
Call Of Duty Baru Disahkan Tiba Pada Hujung 2020
3 days ago
Wabak Coronavirus Menyebabkan Ketibaan Stok Nintendo Switch Ditangguh
3 days ago
Teamfight Tactics Akan Hadir Ke Peranti Pintar Pada Mac
4 days ago
Kejohanan Kebangsaan Call Of Duty Mobile Malaysia Bermula Hujung Minggu Ini