Permainan The Last of Us Part II bertempoh 23 minit ditunjukkan dalam State of Play terbaru
May 28th, 2020
By: Burhanudin Zamri
Permainan The Last of Us Part II bertempoh 23 minit ditunjukkan dalam State of Play terbaru
Sony Interactive Entertainment baru-baru ini memuat naik video State of Play terbaru mereka yang menonjolkan permainan The Last of Us Part II yang belum pernah ditunjukkan.
Selain daripada menunjuk serba sedikit tentang jalan cerita judul tersebut, video State of Play ini juga banyak menerangkan aspek pertarungan, penyelinapan, dan pertukangan (crafting).
The Last of Us Part II akan dilancarkan secara eksklusif di PlayStation 4 (PS4) pada 19 Jun 2020.