May 15th, 2020
By: Burhanudin Zamri

Grand Theft Auto V percuma di Epic Games Store sehingga 21 Mei 2020

 

Jualan Epic Mega Sale telah bermula di Epic Games Store dan antara perkara istimewa tentang jualan ini adalah satu permainan video percuma akan diberikan pada setiap hari Khamis sepanjang jualan ini berlangsung.

Judul percuma pertama dalam jualan ini ialah Grand Theft Auto V (GTA V). Bermula dari hari ini sehingga 21 Mei 2020, anda boleh menebus dan muat turun GTA V secara percuma melalui Epic Games Store.

GTA V pada asalnya dilancarkan pada tahun 2013 di PlayStation 3 (PS3) dan Xbox 360. Ia tiba di konsol generasi kini iaitu PlayStation 4 (PS4) dan Xbox One pada tahun 2014 dan akhirnya tiba di PC pada tahun 2015.

Judul ini masih popular sehingga ke hari ini kerana ia mempunyai komuniti dalam talian yang sangat aktif dan pembangunnya Rockstar North masih memperkenalkan kandungan baharu untuk permainan dalam talian.

Jika anda masih belum pernah main GTA V atau ingin menikmatinya di PC, ini ialah peluang yang sangat baik untuk anda mencuba judul yang hebat ini.

Sumber: Epic Games Store

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Acer Mengeluarkan Monitor Gaming HD Penuh, 165Hz Bernilai RM699
3 days ago
Fredo Dan Soloz Antara Pemain Bintang Yang Akan Sertai Bosskurr Cup?
3 days ago
Call Of Duty Baru Disahkan Tiba Pada Hujung 2020
3 days ago
Wabak Coronavirus Menyebabkan Ketibaan Stok Nintendo Switch Ditangguh
3 days ago
Teamfight Tactics Akan Hadir Ke Peranti Pintar Pada Mac
4 days ago
Kejohanan Kebangsaan Call Of Duty Mobile Malaysia Bermula Hujung Minggu Ini