May 28th, 2020
By: Burhanudin Zamri

Barisan laptop baharu Lenovo Legion 5 akan tiba pada bulan Jun 2020, pra-tempah untuk tawaran istimewa

 

Lenovo Legion terkenal sebagai jenama yang mengeluarkan produk-produk gaming yang hebat seperti laptop, desktop, monitor, dan banyak lagi. Mereka baru sahaja mendedahkan barisan produk baharu mereka untuk tahun 2020 yang akan dilancarkan di pasaran Malaysia.

Pada bulan Jun yang akan datang ini, Lenovo Legion akan melancarkan tiga laptop gaming iaitu Legion 5, Legion 5i, dan Legion 5Pi. Ketiga-tiga produk ini merupakan laptop gaming midrange yang sesuai untuk semua penggemar permainan video PC.

Untuk barisan produk baharu ini, Lenovo Legion menggunakan ungkapan “Stylish on the outside. Savage on the inside.” untuk menggambarkan penampilan yang sesuai dalam apa jua keadaan sambil mengandungi prestasi berkuasa tinggi.

Jika anda pra-tempah mana-mana produk Lenovo Legion tersebut dari 1 Jun sehingga 15 Jun 2020 di laman rasmi Lenovo, anda boleh mendapat barangan percuma seperti monitor Legion Y44w-10 yang bernilai RM4,399.

Berikut adalah spesifikasi ketiga-tiga laptop gaming di atas:

Lenovo Legion 5 (82B5007QMJ)

  • CPU: AMD Ryzen 5 4600H (6C / 12T, 3.0 / 4.0GHz, 3MB L2 / 8MB L3)
  • GPU: NVIDIA GeForce GTX 1650 4GB GDDR6
  • RAM: 8GB DDR4 3200MHz
  • Storan: 256GB SSD
  • Paparan: 15.6″ FHD IPS 250nits Anti-glare, 120Hz, 45% Gamut
  • Kamera: 720p
  • Warna: Phantom Black
  • Bateri: 60Wh

Lenovo Legion 5i

Model 82AU006NMJ:

  • CPU: Intel Core i5-10300H (4C / 8T, 2.5 / 4.5GHz, 8MB)
  • GPU: NVIDIA GeForce GTX 1650 4GB GDDR6
  • RAM: 8GB DDR4 2933MHz
  • Storan: 512GB SSD
  • Paparan: 15.6″ FHD IPS 250nits Anti-glare, 120Hz, 45% Gamut
  • Kamera: 720p
  • Warna: Phantom Black
  • Bateri: 60Wh

Model 81Y6007VMJ:

  • CPU: Intel Core i7-10750H (6C / 12T, 2.6 / 5.0GHz, 12MB)
  • GPU: NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti 6GB GDDR6
  • RAM: 8GB DDR4 2933MHz
  • Storan: 512GB SSD
  • Paparan: 15.6″ FHD IPS 250nits Anti-glare, 120Hz, 45% Gamut
  • Kamera: 720p
  • Warna: Phantom Black
  • Bateri: 60Wh

Lenovo Legion 5Pi

  • CPU: Intel Core i7-10750H (6C / 12T, 2.6 / 5.0GHz, 12MB)
  • GPU: NVIDIA GeForce RTX 2060 6GB GDDR6
  • RAM: 16GB (8GB x 2) DDR4 2933MHz
  • Storan: 512GB SSD
  • Paparan: 15.6″ FHD IPS 300nits Anti-glare, 144Hz, 100% sRGB Gamut, Dolby Vision
  • Warna: Iron Grey
  • Bateri: 80Wh

Selain daripada tiga produk di atas ini, Lenovo Legion juga mengumumkan produk-produk baharu lain yang akan dilancarkan pada waktu lain pada tahun ini juga. Produk-produk tersebut adalah laptop IdeaPad Gaming 3i, Legion 7i, dan desktop Legion Tower 5i.

Jika anda berminat untuk pra-tempah Legion 5, Legion 5i, atau Legion 5Pi, pastikan anda bersedia untuk pra-tempah melalui laman web rasmi Lenovo dari 1 Jun sehingga 15 Jun 2020.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Acer Mengeluarkan Monitor Gaming HD Penuh, 165Hz Bernilai RM699
3 days ago
Fredo Dan Soloz Antara Pemain Bintang Yang Akan Sertai Bosskurr Cup?
3 days ago
Call Of Duty Baru Disahkan Tiba Pada Hujung 2020
3 days ago
Wabak Coronavirus Menyebabkan Ketibaan Stok Nintendo Switch Ditangguh
3 days ago
Teamfight Tactics Akan Hadir Ke Peranti Pintar Pada Mac
4 days ago
Kejohanan Kebangsaan Call Of Duty Mobile Malaysia Bermula Hujung Minggu Ini