Setelah banyak acara permainan video tahun ini dibatalkan akibat wabak COVID-19, acara-acara dalam talian baharu diumumkan sebagai penggantian. Antara acara digital yang bakal berlangsung pada bulan Jun ialah Guerrilla Collective.
Guerrilla Collective dianjurkan oleh The Media Indie Exchange dan diterbitkan oleh Kinda Funny Games. Ia merupakan acara yang bertujuan untuk mempertunjukkan pelbagai permainan video indie daripada pembangun dan penerbit indie dari seluruh dunia.
Acara ini akan diadakan dari 6 Jun sehingga 8 Jun 2020 secara dalam talian. Anda boleh menonton acara tersebut melalui Twitch dan Steam.
Berikut adalah senarai penerbit dan studio pembangunan permainan video yang terlibat dalam acara ini:
Acara-acara sebegini amat penting bagi para pembangun dan penerbit permainan video berskala kecil kerana tanpa acara besar seperti Electronic Entertainment Expo (E3) pada tahun ini, mereka akan kurang mendapat perhatian daripada media dan orang ramai.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai acara ini, anda boleh rujuk laman web rasmi Guerrilla Collective.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.