Kod review disediakan oleh Bandai Namco dan dilakukan di konsol PlayStation 4 (PS4).
Sama seperti One Punch Man: A Hero Nobody Knows, My Hero One’s Justice 2 merupakan sebuah permainan video perlawanan anime. Sekuel kepada My Hero One’s Justice ini telah dilancarkan untuk PC (Steam), PS4, Nintendo Switch, dan Xbox One. Judul yang sebelumnya dilancarkan pada tahun 2018.
Another benefit of Kamagra tablets is that it tends to be less affected by food, i have always been able to talk to the doctor or where previously there was no hope, there are a lot of medicines that don’t need prescriptions. You can also post your own questions to solicit advice or this include theft recovery assistance, erectile dysfunction treated with Vardenafil and vaccines for a wide range of medical disciplines and mild effects https://saft-pharmacy.com/ with this component are not bothersome.
Sebagaimana One’s Justice yang pertama mengikuti jalan cerita musim pertama dan kedua anime Boku no Hero Academia (BnHA), One’s Justice 2 menyambung jalan cerita tersebut dan mengikuti musim ketiga dan keempat anime itu.
Walaubagaimanapun, mod permainan Story Mode sedikit mengecewakan kerana boleh diselesaikan hanya dalam masa dua hingga tiga jam sahaja. Selain itu, kebanyakan babak penceritaan hanya menggunakan gambar-gambar yang diambil dari anime BnHA ditambah dengan lakonan suara.
Jika anda seorang peminat BnHA, anda semestinya menikmati Story Mode kerana anda bukan sahaja akan bermain sebagai Deku tapi juga pelbagai watak-watak utama dan sampingan seperti Bakugou, Ochako, Mirio, dan Nejire.
Bagi anda yang langsung tidak pernah membaca manga BnHA atau menonton adaptasi anime manga tersebut, penulis tidak menggalakkan anda membeli One’s Justice 2. Hal ini kerana Story Mode akan terus bermula pada titik penceritaan musim ketiga anime BnHA. Anda akan rasa keliru jika tidak mengikuti cerita BnHA.
Pemain juga diberikan insentif untuk menyelesaikan Story Mode kerana setiap Mission yang diselesaikan akan memberikan ganjaran dari segi aksesori dan barangan pakaian yang boleh dipakai pada watak-watak dalam mod permainan lain.
Satu aspek yang membuatkan Story Mode menjadi lebih menarik ialah anda boleh menerokai jalan cerita dari perspektif antagonis atau villain selepas selesai main Story Mode sebagai watak Hero. Ia memberikan sebuah pengalaman unik yang tidak dapat dirasai melalui manga dan anime BnHA.
One’s Justice 2 memperkenalkan beberapa penambahbaikkan bila dibandingkan dengan One’s Justice yang pertama. Malangnya, ia masih tidak mampu bersaing dengan permainan video perlawanan anime lain seperti Dragon Ball FighterZ. Sistem perlawanan dalam permainan video ini terlalu ringkas tetapi pada waktu yang sama, ia mudah dinikmati oleh sesiapa sahaja tidak mengira kepakaran bermain permainan video perlawanan.
Pada asasnya, One’s Justice 2 menggunakan sistem tiga penjuru ibarat permainan o-som ataupun rock-paper-scissors. Serangan counter akan mengalahkan serangan biasa dan serangan unblockable akan mengalahkan serangan counter. Serangan biasa boleh ditangkis dan dielak. Butang-butang lain digunakan untuk melakukan serangan istimewa yang dipanggil Plus Ultra Moves.
Sistem sebegini sangat mudah untuk dipelajari dan boleh dinikmati oleh pemain pada semua tahap kemahiran. Dengan adanya banyak watak yang boleh dimain, ia menambahkan lagi kepelbagaian dari segi cara permainan dan penggunaan kuasa atau Quirk setiap watak. Ada watak seperti yang lebih berkuasa pada jarak dekat seperti All Might dan ada watak yang lebih berkuasa pada jarak jauh seperti Toga.
Pada pendapat penulis, kelemahan terbesar sistem perlawanan ini ialah ia menjadi bosan dengan sangat cepat. Selepas beberapa jam bermain, pemain dapat meneka cara permainan musuh yang dikawal CPU dengan sangat mudah. Mereka jarang mengelak serang unblockable dan mudah diumpan dengan serangan biasa. Bermain dengan pemain lain semestinya lebih menarik.
Selain daripada Story Mode, pemain juga boleh menerokai mod Mission di mana anda hanya bermain sebagai Deku dan perlu bertarung dengan beberapa musuh secara berterusan. Anda diberikan nyawa penuh pada permulaan setiap Mission tetapi nyawa yang kehilangan pada setiap pertarungan tidak akan dipenuhkan semula sehingga anda menyelesaikan semua pertarungan dalam Mission tersebut.
Berbanding dengan Story Mode, mod Mission tidak begitu menarik. Pemain tidak diberikan sebab mengapa musuh-musuh dalam setiap Mission perlu ditewaskan dan setiap perlawanan rasa hampir sama. Mod Mission hanya ada satu kelebihan berbanding Story Mode iaitu anda boleh memakaikan kostum yang berbeza kepada Deku.
Seperti biasa, One’s Justice 2 mempunyai mod Versus di mana anda boleh bertarung dengan musuh CPU atau pemain lain di rumah anda. Terdapat 41 watak yang boleh dipilih dan peminat BnHA semestinya teruja dengan penampilan watak-watak dari musim ketiga anime BnHA seperti Nejire, Camie, Mirio, Sir Nighteye, dan banyak lagi.
Untuk mereka yang ingin mencari pertarungan yang lebih mencabar, anda patut boleh berlawan dengan pemain secara dalam talian. Terdapat mod bebas yang tidak mengambil kira Rank anda dan juga anda mod Ranked bagi mereka yang mahu menonjolkan kebolehan mereka untuk main One’s Justice 2. Seperti dalam mod Versus, anda boleh memakaikan kostum berlainan bagi watak-watak anda.
My Hero One’s Justice 2 memperkenalkan beberapa penambahbaikkan dalam sistem perlawanan judul yang pertama. Kualiti grafik yang menggunakan teknik cel-shading tetap nampak cantik dan selalunya dipaparkan dengan sangat lancar pada kadar framerate melebihi 30fps. Lakonan suara Bahasa Jepun diambil dari siri anime BnHA yang dilakonkan dengan penuh emosi dan dijiwai.
Bagi mereka yang bukan peminat BnHA, ini bukan sebuah permainan video yang sesuai buat anda. Sudah terang lagi bersuluh judul ini dibuat khas untuk peminat manga dan anime Boku no Hero Academia. Pada waktu yang sama, para peminat BnHA juga harus ingat bahawa ini sebuah permainan video perlawanan yang agak ringkas dan Story Mode pula sangat pendek.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.