April 30th, 2020
By: Burhanudin Zamri

Game percuma PS+ Mei 2020 – Cities: Skylines & Farming Simulator 19

 

Permainan video percuma buat pelanggan PlayStation Plus (PS+) pada bulan Mei 2020 telah diumumkan. Kedua-duanya merupakan permainan simulasi yang agak menarik untuk konsol PlayStation 4 (PS4).

Bermula pada 5 Mei 2020, pelanggan PS+ boleh menebus dan muat turun Cities: Skylines – PlayStation 4 Edition dan Farming Simulator 19 secara percuma. Tawaran ini akan berakhir pada 1 June 2020.

Jika anda pemain PC yang gemar dengan permainan pembinaan bandar, anda semestinya pernah main atau mendengar tentang Cities: Skylines. Versi PS4 ini cara pengawalan yang unik untuk memudahkan proses pembinaan dan pengurusan bandar untuk pemain PS4.

Seperti yang dinyatakan pada tajuknya, Farming Simulator 19 merupakan permainan simulasi perladangan dan pertanian. Apa yang menarik tentang judul ini ialah ia mempunyai mod multi-pemain di mana anda boleh bertungkus-lumus bersama rakan-rakan anda dalam kerjaya sebagai seorang petani yang hebat.

Pada waktu ini, kedua-dua permainan percuma PS+ April 2020 masih boleh ditebus dan dimuat turun. Jangan terlepas peluang untuk mendapatkan Uncharted 4: A Thief’s End dan Dirt Rally 2.0 secara percuma.

Sumber: PlayStation Blog

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Acer Mengeluarkan Monitor Gaming HD Penuh, 165Hz Bernilai RM699
3 days ago
Fredo Dan Soloz Antara Pemain Bintang Yang Akan Sertai Bosskurr Cup?
3 days ago
Call Of Duty Baru Disahkan Tiba Pada Hujung 2020
3 days ago
Wabak Coronavirus Menyebabkan Ketibaan Stok Nintendo Switch Ditangguh
3 days ago
Teamfight Tactics Akan Hadir Ke Peranti Pintar Pada Mac
4 days ago
Kejohanan Kebangsaan Call Of Duty Mobile Malaysia Bermula Hujung Minggu Ini