March 10th, 2020
By: Burhanudin Zamri

OPPO Find X2 Tiba Di Malaysia Dengan Harga RM3,999, Versi Pro Berharga RM4,599

 

Persaingan antara telefon pintar taraf flagship menjadi makin sengit, lagi-lagi dengan ketibaan siri Samsung Galaxy S20. OPPO kini kembali bersaing dengan model terbaru telefon pintar flagship mereka.

OPPO Find X2 dan X2 Pro kini dilancarkan di Malaysia dan boleh dipra-tempah melalui Lazada dan Shopee. Model Find X2 dijual pada harga RM3,999 dan X2 Pro pula dijual pada harga RM4,999.

Satu ciri istimewa tentang kedua-dua fon ini adalah mereka mempunyai kebolehan untuk bersambung dengan talian 5G. Ini membuatkan mereka peranti yang sesuai bagi pengguna yang ingin menggunakan teknologi 5G yang bakal diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi.

Berikut adalah senarai spesifikasi OPPO Find X2 dan X2 Pro:

OPPO Find X2:

  • Paparan AMOLED 6.7 inci dengan resolusi 3168×1440 dan kadar segar semula 120Hz.
  • Pemproses Snapdragon 865 dengan kelajuan 2.84GHz.
  • RAM 12GB.
  • Storan dalaman 256GB.
  • Kamera depan 32MP.
  • Tiga kamera belakang: kamera utama 48MP, kamera ultra-wide 12MP, dan kamera telefoto 13MP.
  • Rakaman video sehingga 4K60fps bersama kebolehan penstabilan Super Steady.
  • Sambungan USB Type-C.
  • Bateri 4200mAh dengan pengecasan pantas.
  • Sistem operasi ColorOS 7.1 berdasarkan Android 10.
  • Pengesahan IP54.
  • Dua pilihan warna: Hitam dan Ocean (Glass).

OPPO Find X2 Pro:

  • Paparan AMOLED 6.7 inci dengan resolusi 3168×1440 dan kadar segar semula 120Hz.
  • Pemproses Snapdragon 865 dengan kelajuan 2.84GHz.
  • RAM 12GB.
  • Storan dalaman 512GB.
  • Kamera depan 32MP.
  • Tiga kamera belakang: kamera utama 48MP, kamera ultra-wide 48MP, dan kamera telefoto 13MP.
  • Rakaman video sehingga 4K60fps bersama kebolehan penstabilan Super Steady.
  • Sambungan USB Type-C.
  • Bateri 4260mAh dengan pengecasan pantas.
  • Sistem operasi ColorOS 7.1 berdasarkan Android 10.
  • Pengesahan IP68.
  • Dua pilihan warna: Hitam dan Oren.

Bagi mereka yang pra-tempah kedua-dua model ini, anda juga akan mendapat beberapa barangan dan perkhidmatan percuma seperti sebuah powerbank VOOC Flash Charge (RM229) dan waranti tambahan satu tahun bersama perlindungan skrin tiga bulan (RM299).

Tempoh pra-tempah ini berakhir pada 13 Mac 2020 untuk OPPO Find X2 dan 20 Mac 2020 untuk X2 Pro. Pra-tempah boleh dilakukan di:

  • OPPO Concept Store
  • Kedai perniagaan rasmi OPPO
  • Laman rasmi OPPO
  • Lazada
  • Shopee
  • Rakan-rakan telekomunikasi OPPO seperti Celcom, Maxis, dan Digi
  • senQ
  • DirectD
  • Aeon Credit

Ganjaran yang lebih hebat menanti mereka yang menjadi 300 pembeli pertama di acara Roadshow OPPO Find X2 yang akan diadakan di Pavillion, Kuala Lumpur.

Mereka akan mendapat barangan dan perkhidmatan yang sama seperti mereka yang pra-tempah secara dalam talian ditambahkan dengan sepasang fon telinga nirwayar OPPO Enco Free (RM499).

Acara Roadshow untuk OPPO Find X2 akan berlangsung pada 14 Mac 2020 dan acara yang sama untuk OPPO Find X2 Pro pula akan berlangsung pada 21 Mac 2020.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Acer Mengeluarkan Monitor Gaming HD Penuh, 165Hz Bernilai RM699
3 days ago
Fredo Dan Soloz Antara Pemain Bintang Yang Akan Sertai Bosskurr Cup?
3 days ago
Call Of Duty Baru Disahkan Tiba Pada Hujung 2020
3 days ago
Wabak Coronavirus Menyebabkan Ketibaan Stok Nintendo Switch Ditangguh
3 days ago
Teamfight Tactics Akan Hadir Ke Peranti Pintar Pada Mac
4 days ago
Kejohanan Kebangsaan Call Of Duty Mobile Malaysia Bermula Hujung Minggu Ini