March 12th, 2020
By: Hazril Md Nor

Call Of Duty: Warzone Capai 6 Juta Pemain Dalam Masa 24 Jam, Lebih Tinggi Dari Fortnite, PUBG

 

Call of Duty: Warzone sekali lagi menggegarkan arena battle royale dengan mencetuskan fenomena tersendiri, enam juta pemain dalam masa 24 jam!

Permainan video yang bertempat dalam dunia Modern Warfare ini dibangunkan oleh Infinity Ward dan Raven Software.

Activision mengucapkan terima kasih kepada peminat dalam satu ciapan di Twitter.

Bagi perbandingan, Apex Legends catat 2.5 juta pemain dalam masa 24 jam dilancarkan tapi memandangkan Call of Duty adalah francais popular dan Apex adalah IP baru, jadi ia agak realistik.

Apex mengumpulkan 25 juta pemain pada minggu pertama jadi menarik untuk kita saksikan macam mana Warzone mengatasi rekod ini.

Warzone akan mempunyai DLC baru seperti dijanjikan Activision dan pada masa sama, mereka sedang membangunkan game Call of Duty baharu untuk dilancarkan tahun ini.

Sumber: Gamespot

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Acer Mengeluarkan Monitor Gaming HD Penuh, 165Hz Bernilai RM699
3 days ago
Fredo Dan Soloz Antara Pemain Bintang Yang Akan Sertai Bosskurr Cup?
3 days ago
Call Of Duty Baru Disahkan Tiba Pada Hujung 2020
3 days ago
Wabak Coronavirus Menyebabkan Ketibaan Stok Nintendo Switch Ditangguh
3 days ago
Teamfight Tactics Akan Hadir Ke Peranti Pintar Pada Mac
4 days ago
Kejohanan Kebangsaan Call Of Duty Mobile Malaysia Bermula Hujung Minggu Ini